‼️ Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz

‼️ Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz

‼️ Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz. Raja-Raja Melayu berangkat tiba bagi menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dijadual pada pukul 11 pagi ini di Istana Negara.

Pra-Mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.

Ia dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Kenderaan rasmi pertama yang berangkat tiba di Istana Negara membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuffin Idris Shah sekitar jam 9.40 pagi.

Ia kemudian disusuli dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Turut berangkat tiba ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz; serta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain itu, dilihat hadir ialah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersidang adalah pada 29 Jun lalu, dan ia dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin.

Kebiasaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menyentuh perkembangan semasa dalam negara, dan cabaran mendatang termasuk ekonomi.

Agenda lain yang turut disentuh ialah kemajuan hal ehwal agama Islam dan pembaharuan institusi Islam negara; selain taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara.

Sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung esok, Tuanku Muhriz dijangka memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Ia disusuli Majlis Penanaman Pokok di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

KKU dan Majlis Penanaman Pokok adalah cetusan idea Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

BACA JUGA:

Lelaki yang bersama Morgan Freeman pada pembukaan Piala Dunia Qatar ini orangnya

Azal terkentut di set pengambaran buat zarina terbahak

Nabila Huda pula dedah sesuatu yang terjadi Pada Nad Zainal

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz […]

  • […] Raja-Raja Melayu menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 dipengerusikan oleh Tuanku Muhriz […]