3-3 negeri PH dan PN akan serentak Pilihan Raya Negeri tahun ini

3-3 negeri PH dan PN akan serentak Pilihan Raya Negeri tahun ini

3-3 negeri PH dan PN akan serentak Pilihan Raya Negeri tahun ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri wajar diadakan selepas Februari atau Mac depan atau seelok-eloknya sehingga tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir.

Penganalisis politik berpandangan, mengadakan PRN di enam negeri terbabit iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bukan menjadi perkara mendesak ketika ini.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, berkata ini kerana keutamaan kerajaan ketika ini, selain menghadapi kesan Monsun Timur Laut (MTL), negara meletak fokus untuk berdepan situasi mencabar kemelesetan ekonomi global tahun depan.

“Kemungkinan (PRN) selepas Februari atau Mac itu tidak menjadi isu sebab monsun pun sudah berakhir. Cuma isu ekonomi tidak akan lari, namun kerajaan negeri hanya mempunyai tanggungjawab yang minimum dalam menentukan hala tuju ekonomi negara.

“Jadi bagi saya, isu mendesak untuk mengadakan PRN secepat mungkin adalah tidak adil. Tidak seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas yang dilihat ada sebab dan beberapa perkara mendesak,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang masing-masing mentadbir di tiga negeri, seakan bersetuju dan senada dengan cadangan untuk mengadakan PRN serentak, seiring syor dibuat Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

Namun, timbul cadangan dalam kalangan pemimpin PN sendiri mahu supaya PRN khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan lebih awal.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, PN dan PH perlu bersepakat mengenai tempoh waktu sesuai untuk diadakan PRN dengan sebaik-baiknya dibuat serentak.

“Biarlah ia sehingga habis penggal supaya PRN dapat dilakukan serentak supaya kos ditanggung kerajaan adalah yang paling minimum. Paling penting jangka masa waktu sesuai dimana PH dan PN boleh setuju untuk membubarkan DUN serentak,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata juga bersetuju supaya PRN enam negeri diadakan selepas penggal berakhir.

“Tempoh paling sesuai adalah pada Mei atau Jun, selepas Hari Raya Puasa dan sebelum Hari Raya Haji. Sebaiknya juga dilakukan serentak untuk enam negeri itu bagi mengelakkan kos yang tinggi untuk melaksanakan PRN,” katanya.

PH kini mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sementara Kelantan, Terengganu dan Kedah dipimpin PN.

BACA JUGA:

Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas

Kejadian pilu di tahun baru, dua beradik ditinggal di rumah dan mati rentung

Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

COMMENTS

Wordpress (0)