4 bahan pun boleh buat sendiri aiskrim vanilla, siapa buat dia untung

4 bahan pun boleh buat sendiri aiskrim vanilla, siapa buat dia untung. Aiskrim Vanilla ni sangat mudah disediakan. Rasanya yang lembut, wangi dan bertekstur halus bila dimakan.
Persis aiskrim yang dibeli di kedai. Adanya resipi ni, anda sendiri boleh hasilkan Aiskrim Vanilla yang sedap untuk anak-anak. Hanya guna 4 bahan yang sangat mudah dan murah.
Semua orang boleh mencuba dan dijamin menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Cik Puan Lily. Bolehlah anda semua cuba nanti.
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
2 sudu makan susu pekat @ ikut kemanisan yang disukai
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan ovalette
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Kisar @ pukul bahan-bahan tadi selama 5-10 minit sehingga kembang adunannya. Jika tiada mesin pengadun (mixer), boleh guna blender sahaja.
3. Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang bersesuaian.
4. Tutup bekas dan bekukan aiskrim dalam peti sejuk beku.
NOTA:
Empunya resipi buat guna 2 tin susu cair. Dapat 2 bekas aiskrim. Jika nak buat lebih banyak, gandakan bahan-bahannya sahaja.
Resipi ini adalah asas untuk aiskrim vanilla. Jika suka atau ingin buat aiskrim berperisa lain, boleh masukkan apa sahaja perisa yang digemari seperti coklat, oreo, jagung dan bermacam-macam lagi.
BACA JUGA:
Lapan individu layak automatik ke Perhimpunan Agung UMNO, antara yang berlangsung 14 Januari nanti
Netizen terharu dan gembira lihat hero kita diberi self-reward selepas tampil berbakti
Tsunami Kota Kuala Muda, tiada yang mustahil dengan keadaan laut sangat pelik
Artikel ini disiarkan pada 31/12/2022