6 terkorban, 1,241 kes baru, petanda kita masih jauh lagi meninggalkan Covid-19

6 terkorban, 1,241 kes baru, petanda kita masih jauh lagi meninggalkan Covid-19. 1,241 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,013,724 kes.
Sebanyak 1,567 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,959,725.
Ketika ini, 17,215 kes aktif direkodkan di mana 16,138 atau 93.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,010 (5.9%) kes dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 67 kes dan 43 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Enam lagi kes kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,784 orang.
BACA JUGA:
Wanita bergelar isteri, jangan naif jika tidak mahu terjebak skim penipuan sepanjang hayat!
Artikel ini disiarkan pada 16/12/2022