9 negeri diramal alami cuaca buruk

9 negeri diramal alami cuaca buruk.Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Kuala Lumpur manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Pahang pula antara kawasan terjejas di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera sementara di Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca buruk turut berlaku di Negeri Sembilan di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

9 negeri diramal alami cuaca buruk

“Di negeri Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

BACA:

Bekas suami Ramlah Ram yang ramai tak tahu

Jeti ‘kayu emas’ 15 meter bernilai RM50,000 di Sarawak, sindir netizen

Beli Myvi ? ibu Bakal pengantin tak bagi.. ini sebabnya

Artikel ini disiarkan pada 11/04/2022

COMMENTS

Wordpress (1)