Ada kelibat orang tua di belakang pintu memandang masa tengah rakam video

Ada kelibat orang tua di belakang pintu memandang masa tengah rakam video.(video) Tengah Syok Rakam Video, Sekali ada Kelibat Orang Tua Sambil Mata Terjegil di Belakang Pintu
Pasti ada di antara anda yang pernah melalui detik seram atau mempunyai pengalaman ternampak kelibat hantu bukan? Bagi mereka yang hijabnya tertutup haruslah bersyukur kerana dielakkan daripada ternampak makhluk halus.

Namun, bagi mereka yang mudah ternampak kelibat atau hantu di depan mata pula pastinya sudah serik melihat makhluk itu.

Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila videonya ternampak kelibat tular semasa sedang bermain TikTok mengundang perhatian ramai.

Tengah syok rakam video, sekali ada kelibat orang tua sambil mata terjegil di belakang pintu. Menerusi video yang dimuat naik oleh @tengkusyarrrr, kelihatan dia sedang bermain TikTok lagu dangdut di telefonnya.

Namun tidak sampai seminit, dia tersedar ada kelibat sesuatu di belakang salah satu pintu bilik rumahnya.

Gadis itu sempat menoleh ke belakang dan memandang ke arah makhluk halus itu sebelum kelam kabut berlari ke bahagian depan rumahnya dengan muka cuak.

“Ya Allah, jantung aku nak terkeluar. Astaghfirullahalazim,” katanya melalui kapsyen video tersebut. “Sekali dengan aku terkejut bila nampak mata bulat dia, beraninya tolak pintu gitu je” – Netizen

@syarifahfissaYaallah.. Jantung aku nak terkeluar astarfirullahlazimmm😭😭😭♬ Lanjut – Saya hitam

Video

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 144.9K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa takut selepas melihat mata makhluk halus itu yang menyeramkan dan seperti mahu terkeluar.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

BACA JUGA : Netizen terkejut Arab Saudi pun dah mula rayakan Valentine’s Day, tawar pelbagai promosi

Iqram Dinzly dapat tawaran berlakon semula, sudah pulih dari “gila”?

Aksi “censored” Kamal dan Uqasya atas katil buat netizen cemas

Artikel ini disiarkan pada 14/02/2022