Ahmad Idham bakal calon PRU-15? wakil parti mana

Ahmad Idham bakal calon PRU-15? wakil parti mana

Ahmad Idham bakal calon PRU-15? wakil parti mana.Penerbit dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, belum memikirkan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun kerap menghadiri program parti gabungan Gerakan Tanah Air (GTA).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu, bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya mengenai perkara berkenaan kepada kepemimpinan tertinggi GTA dalam menentukannya jika mereka ingin meletakkan beliau yang juga sebagai calon.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pinggiran Ukay, Ampang, berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu, namun mengakui selesa bersama perjuangan GTA yang memberikan ruang secukupnya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya memang mengikuti GTA ini sejak hari pertama lagi dilancarkan kerana mahu menyelami dan memahami lebih jauh gerakan ini.

“Alhamdulillah, apabila saya berjumpa dengan beberapa pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), saya lihat ini adalah satu platform yang saya lebih selesa kerana memperjuangkan agenda pemerkasaan pendidikan khas untuk anak-anak istimewa dan keluarga yang mempunyai anak istimewa.

“Itu memang nyata kerana saya ada sekolah sendiri tetapi selama bila saya bergerak (secara) individu, banyak yang saya tidak boleh capai secara lebih luas,” katanya ketika ditemui pada Program Bicara Perjuangan Di Mana Melayu dan Islam Selepas PRU-15 di Pedas, di sini, petang semalam.

Program itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya.

Ahmad Idham yang hadir bersama Datuk Seri Eizlan Yusof, berkata beliau menyertai aktiviti GTA kerana yakin gerakan berkenaan boleh membantunya untuk mengembangkan agenda yang sudah dan sedang dilaksanakan selain usaha memartabatkan orang Melayu.

Beliau berkata, setakat ini tidak timbul soal menjadi calon PRU-15 kerana perjuangannya adalah untuk masyarakat.

“Ini bukan mengenai calon, ini mengenai perjuangan kita sampai ke tidak kepada masyarakat. Apa guna jadi calon kalau perjuangan tidak sampai, masyarakat pun tidak sokong kita.

“Soal calon itu biar masyarakat sendiri yang menilai terhadap kerja saya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Idham keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana mendakwa parti itu tidak dapat memenuhi kehendak dan janji selama bersama parti berkenaan.

 

Baca :40 pekerja buruh terjun laut pulang ke Vietnam

Artikel ini disiarkan pada 22/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Ahmad Idham bakal calon PRU-15? wakil parti mana […]