Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu

Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu

Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu. Nama Aiman Athirah Sabu kadangkala menjadi persoalan termasuk di kalangan ahli parti AMANAH sendiri.

Ini tidak lain disebabkan nama bapa yang seakan sama dengan Presiden AMANAH iaitu Mat Sabu. Pun begitu, hakikatnya dua figura ini tidak mempunyai pertalian darah antara satu sama lain.

Aiman yang baharu sahaja diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dikenali dengan nama Raj Munni Sabu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diterajui Datuk Seri Nancy Shukri kini sudah lengkap dengan kehadiran timbalannya.

Antara lain mengenai Aiman Athirah Sabu:

1- Aiman Athirah berusia 50 tahun.

2- Merupakan Ahli Parlimen Sepang.

3- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Major Sains Politik dan Minor Pengajian Islam) dengan kepujian dari Universiti Sains Malaysia.

4-Terlibat aktif di dalam politik sejak tahun 1990, Aiman Athirah adalah ahli politik Parti Islam Semalaysia (PAS) sebelum menyertai AMANAH.

5-Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia (Lantikan Yang Dipertuan Agong) 2018 hingga 2021

6-Merupakan Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia (2019-2022).

7-Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan Penaung Persatuan Wanita Penyayang Sabah (PENYAYANG) dan Naib Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MAWAR) pada tahun 2018 hingga 2020.

8-Beliau juga C (AWAN) Nasional dan pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Wira Dr Mohd Hatta Mohd Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 2018.

9-Terkenal dengan kegigihan, kaki Aiman Athirah pernah digilis kereta ketika turun padang bertemu pengundi di sebuah pasar semasa berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini. Meskipun jarinya tercedera, ia tidak memudarkan semangat beliau.

BACA JUGA:

Che Ta 9 tahun kahwin, 9 kali sarung baju kahwin, kongsi bahagia kepada peminat

Pakej lengkap nasi minyak berlauk, bukan selalu dapat semudah ini, jom usher

Angkara harta 6.4 juta, mayat ibu dibuang ke sungai

Artikel ini disiarkan pada 15/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Aiman, Timbalan Menteri yang kadangkala menjadi persoalan kerana hujung nama sama Mat Sabu […]