Air mata Rosmah jatuh mohon belas ihsan sebelum hukuman

Air mata Rosmah jatuh mohon belas ihsan sebelum hukuman

Rosmah sebak, menangis merayu belas ihsan sebelum hukuman.Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan sebak dan menitiskan air mata memohon Mahkamah Tinggi di sini bersikap belas ihsan dan lebih berperikemanusian dalam menentukan hukuman terhadapnya.

Ketika diberikan peluang untuk bercakap dan merayu beliau mengatakan tidak pernah meminta rasuah atau menyeleweng wang dari mana-mana pihak.

“Tolong belas ihsan, ini boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau sesiapa sahaja pada masa hadapan. Mereka telah lakukannya (hukum) kepada suami saya agar kami menanggung sengsara.

“Kami sedang menanggung sengsara, anak-anak saya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita kini yang terpaksa memikul tugas seorang bapa. Tolong jadi lebih berperikemanusiaan,” ujarnya dalam nada sebak selain turut mengatakan mahu meninggalkan mahkamah dengan memori baik terhadap sistem keadilan.

Rosmah gagal menahan air mata ketika bercakap di mahkamah hari ini Dia berkata amat sedih dengan keputusan hari ini tetapi menghormati keputusan yang telah dibuat mahkamah itu. Katanya lagi, dia sentiasa memberitahu peguamnya untuk hanya bercakap benar, seperti mana dia mengajar perkara yang sama kepada anak-anaknya.

Rosmah Mansor dalam tangisannya berkata dia tidak pernah mengambil walau satu sen daripada projek projek solar hibrid. Begitu juga dengan jutaan dana untuk Permata dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), katanya lagi.

Katanya, dia juga menyerahkan segalanya kepada Allah yang bagi menentukan yang mana betul dan yang mana salah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah, 71, bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak

 

BACA:

Selepas Fashion Show Kali ini bina badan pulak Di Kedah

Pelajar dah Bagi ‘hint’ dalam karangan sebelum maut dalam kemalangan

 

Artikel ini disiarkan pada 01/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Air mata Rosmah jatuh mohon belas ihsan sebelum hukuman […]