Alat solek kan guna untuk muka, bayangkan kalau malas cuci, apa tunggu lagi ikuti tips bersih ini

Alat solek kan guna untuk muka, bayangkan kalau malas cuci, apa tunggu lagi ikuti tips bersih ini

Alat solek kan guna untuk muka, bayangkan kalau malas cuci, apa tunggu lagi ikuti tips bersih ini.

Cuba cakap perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan? Semua perempuan zahirnya memang sukakan pada kecantikan. Perempuan dan kecantikan biasanya memang tidak boleh dipisahkan .

Tapi kalau suka cantik je tapi tidak menjaga alat solek dengan baik tak guna jugak kan? Cuba korang perhatikan dalam handbag memasing mesti segala mak nenek khazanah alat solek ada dalam tu. Ada tu terbiar je tidak dijaga dengan betul dalam handbag tu betul tak?

Ramai daripada kita yang mungkin tidak mengambil penting mengenai Tips Menjaga Alat Solek mereka.

Rata-rata wanita gemar mengumpul alat solek mereka bertahun-tahun walaupun tidak menggunakan lagi.

Namun, tahukah korang bahawa penggunaan alat-alat solek yang telah lama disimpan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit muka korang???

Yup, series mesti korang baru tersedar tanpa sengaja kan? Tapi inilah perkara yang bakal terjadi sekiranya korang mengabaikan penjagaan alat solek.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita berkongsi sedikit informasi mengenai tips penjagaan alat solek.

Pertama sekali, pastikan korang kerap mengemas beg alat solek korang. Buang alat solek yang terlalu lama disimpan dan tidak digunakan lagi.

Terutama sekali bagi alat-alat solek yang sudah tamat tempoh. Haruslah diingatkan bahawa kebanyakan alat solek ini diperbuat daripada bahan kimia yang hanya boleh digunakan pada jangka waktu tertentu.

Kedua, korang juga harus selalu membasuh berus-berus yang anda gunakan untuk solekan. Terutama sekali berus blusher, berus eyeshadow, dan berus menyapu foundation. Rendamkan dengan air suam untuk mematikan bakteria dan bilas dengan bersih.

Begitu juga dengan penjagaan span atau sponge yang digunakan untuk menyapu bedak pada muka korang. Selain membasuh, elakkan juga berkongsi span dgn rakan-rakan korang. No sharing-sharing tau sebabnya dikhuatiri bakteria-bakteria akan tersebar dan terkumpul.

Seterusnya, keraplah mengasah eyeliner atau lipstick pensel korang untuk setiap kali ingin menggunakannya. Bukan apa, ia dapat menyelamatkan korang daripada jangkitan kuman yang mungkin terdapat pada permukaan yang belum diasah

Dan yang terakhir sekali sentiasa memastikan alatan solek anda ditutup setiap kali habis digunakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan alatan solek itu tercemar atau rosak.

Oke itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk tips kali ni, Semoga dapatlah serba sedikit membantu korang dalam sama-sama menjaga kebersihan alat solek. Bak kata pepatah ‘Mencegah lebih baik daripada merawati’.

BACA JUGA:

Cara Memilih Pemimpin Dalam Islam kini menjadi kata kunci yang paling banyak di cari dan dianggap menjadi issue yang cukup kontroversial

KEADAAN YANG MEMERLUKAN ORANG AWAM ‘BERIJTIHAD’

Amalkan ayat ruqyah sebagai pendinding diri dari gangguan jin dan syaitan

Artikel ini disiarkan pada 25/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)