Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Nad Zainal

Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Nad Zainal

Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Nad Zainal.

Hampir sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan pada bahagian paru-paru, terbaru keadaan kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan dalam keadaan baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail menerusi satu video di Instagram. Ungku Ismail memberitahu Nad kini dalam proses pemulihan.

“Nad masih dalam proses pemulihan. Dia dalam keadaan baik, Alhamdulillah. Saya mohon kamu semua terus mendoakan dia agar dia sembuh, dilenyapkan segala penyakit dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Dalam video sebelum ini saya ada jelaskan tak mahu terlalu kerap update kerana bila dalam proses pemulihan dan bila banyak berehat tak ada banyak benda yang boleh saya kongsikan.

“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” katanya.

Terdahulu, Ungku Ismail ada maklumkan Nad Zainal menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, Nad kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-parunya masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.

BACA JUGA:

Baru lepas mandi, cepatnya berpeluh lagi, baca ini untuk tips mencegahnya

Tengok orang lain jalan dengan anak bulus ok je, anak bulus sendiri pula meragam, ikuti panduan ni untuk bagi anak bulus behave bila dibawa jalan

10 tips penting buat pencinta kucing, jom baca

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2022

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Nad Zainal […]

  • […] Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Nad Zainal […]

  • Weifsheks 5 days

    Young women with polycystic ovary syndrome appear to have the highest risk for ovarian hyperstimulation syndrome can you buy lasix over the counter

  • Weifsheks 13 hours

    can tamoxifen cause cancer Tu C, Zeng Z, Qi P, et al