Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis

Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis

Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu Dewan Merdeka menangis.Suasana hiba menyelubungi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) apabila anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib membawa sepucuk surat daripada Penjara Kajang.

Menurut Noorayana, surat tersebut ditulis sendiri bapanya yang ketika ini sedang menghuni Penjara Kajang.

Dalam surat itu, Noorayana memberitahu bahawa warkah itu khusus kepada pemimpin dan ahli UMNO yang datang pada Taklimas Khas Presiden UMNO petang ini.

Katanya, dalam warkah terbabit turut menceritakan keadaan bapanya di Penjara Kajang dan luahan Najib selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Apabila BN kalah pada PRU-14, saya beriltizam untuk terus berjuang meskipun ada pihak yang mengatakan bahawa BN seperti sebuah kapal yang karam.

“Lantas itu, saya bekerja bersungguh-sungguh untuk menjenamakan semula UMNO sebagai sebuah parti yang kuat walaupun ketika itu terdapat pelbagai halangan,” tulis Najib dalam surat tersebut.

Terdahulu, Nooryana turut membawa sehelai tali leher yang dipercayai selalu dipakai bapanya sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Baca :Kazar tak datang malam gala filem Abang Long Fadil 3, ini penjelasan tuan badan

Artikel ini disiarkan pada 28/08/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Baca :Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis […]

  • […] Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis […]

  • […] Baca :Anak Najib baca ‘warkah’ dari Penjara Kajang, satu dewan Merdeka menangis […]