Apa itu PEP? Bakal ibu wajib baca ini

Apa itu PEP? Bakal ibu wajib baca ini

Apa itu PEP? Bakal ibu wajib baca ini. Pengalaman menjadi seorang ibu, mengandungkan anak dalam tempoh 9 bulan merupakan pengalaman terindah seorang ibu.

Namun, dalam menjalani proses kehamilan tersebut banyak perkara yang perlu ditempuhi termasuklah dengan masalah kesihatan. Mungkin ramai dalam kalangan ibu hamil yang mengalami penyakit gatal-gatal di bahagian perut bukan? Memang gatal ‘yakmatt’!

Macam mana nak rawat penyakit yang dipanggil PEP (Polymorphic Eruption of Pregnancy) ini supaya kita tidak tergaru-garu 24 jam? Berikut merupakan perkongsian pakar di laman Twitternya sendiri.

Hello ibu-ibu!

Siapa pernah mengandung and dapat penyakit gatal-gatal dekat perut? Gatal dia yakmattt, sampai tak tidur malam mak-mak buyong tu. This penyakit is called PEP (Polymorphic Eruption of Pregnancy). Jom belajar lagi lanjut jom.

1. Dulu nama penyakit ini Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy. Berbelit lidah nak sebut? Haha don’t worry, short form dia PUPPP. Bukan sebut “puupppp” ya, kena sebut huruf satu2..P.U.P.P.P. Tinggal satu P, confirm geng derm marah haha.

2. Anyway, penyakit ini sangat common ya. 1 dalam 160 ibu mengandung boleh dapat. Selalu jadi dekat ibu yang mengandung kali pertama. Ada kajian menunjukkan risiko lebih tinggi untuk ibu yang bertambah berat badan secara berlebihan dan kalau mengandung lebih dari satu (twins/triplets).

3. Selalu jadi dalam 3rd trimester, maksudnya bila perut mula membesar dari bulan mengandung ke 7 hingga 9. Dikatakan ada kaitan dengan ketegangan kulit perut yang membesar (skin stretch) dengan perubahan hormone sewaktu mengandung.

4. Senang saja untuk kenalpasti. Ia akan start dengan biji-biji gatal selalunya di kawasan stretch marks perut tu. Pastu boleh merebak dan merebak ke dada & kaki. Dan yang menariknya, selalunya pusat (belly button) dekat perut ibu mengandung tu tak kena.

5. Bentuknya boleh macam-macam. Boleh jadi gegata, biji-biji kecil dan biji-biji besar. Kadang-kadang tu, bentuk macam eczema pun boleh ada. Sebab tu nama sekarang ‘Polymorphic…” sebab ini maksudnya pelbagai rupa & bentuk.

6. PUPPP selalu akan hilang dengan sendiri, usually 4-6 minggu selepas bersalin. Namun, ada pesakit yang sangat gatal penyakit ini sehingga perlukan pertolongan. Ok so macam mana nak rawat?

i. Gunakan pelembab seperti krim atau ointment (berminyak) selalu. Ada sesetengah krim mengandungi bahan menthol, yang boleh tolong kurangkan gejala gatal. Try sedikit dahulu kalau ada menthol, sebab sesetengah orang boleh allergic.

ii. Sesetengah pesakit merasakan mandi sejuk (cool baths), letakkan kain pelembab (wet soaks) dan memakai pakaian cotton menolong kurangkan gatal itu. Walaupun tiada kajian kukuh, anda boleh cuba. Lain orang, lain caranya kan?

iii. Jika ada keradangan, sememangnya doktor kulit akan beri krim anti-radang spt steroid. Jangan risau, kita akan berikan yang selamat untuk ibu mengandung. Malah, ada yang terlalu teruk keseluruhan badan, sehingga perlukan ubat makan steroid. Yang ini, TOLONG datang jumpa kami terlebih dahulu.

iv. Kadangkala, kita juga berikan ubat gatal (anti-histamine) yang sesuai untuk ibu mengandung. Again, yang ini pun tolong datag jumpa kita dulu ok. Takut tersalah makan ubat.

7. Kena ingat, penyakit ini tidak berbahaya. Tidak akan berjangkit kepada anak sama sekali. Dan selalunya tidak berulang dengan kandungan seterusnya, melainkan jika mengandung twins/triplets.

8. Cuma satu saja pesanan PENTING, jika anda naik gejala seperti di atas, namun tiba-tiba ada banyak lepuh (blisters), TOLONG DATANG JUMPA DOKTOR KULIT SECEPAT MUNGKIN. Mungkin penyakit anda bukan PUPPP semata-mata…

Mungkin penyakit yang lebih berbahaya iaitu PEMPHIGOID GESTATIONIS. Ini perlu dipantau ketat oleh pakar O&G dan pakar kulit kerana boleh ada kesan kepada bayi. Ingat pesanan tu ok?

Alright, itu sahaja itu PUPPP. So, ibu-ibu yg sedang mengandung, jika ada penyakit ni, minta Mr Jannah anda pakaikan pelembab dan ubat ok? Suami-suami pula, masa ini la, nak kata “Jangan kata abang tak payung kan?”

BACA JUGA:

Pemegang sukuk terkesan, TM menamatkan sebahagian besar sewaan bangunan

Empat kerusi tersebut bertanding atas lambang GRS bukan Bersatu – Nazri

Kehadiran mengejut Agong dan keluarga, “Spotcek sikit KFC tu kadang-kadang size ayamnya…”, usik netizen

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Apa itu PEP? Bakal ibu wajib baca ini […]

  • Weifsheks 2 weeks

    The larger proportion of treatment periods in women in both antidepressant and NSAID groups may be explained by a higher prevalence of depression and rheumatic diseases in women than in men 22, 23 finasteride 1 mg prices

  • Weifsheks 1 week

    brand cialis online The issue of dietary protein restriction is controversial