Azal terkentut di set pengambaran buat zarina terbahak

Azal terkentut di set pengambaran buat zarina terbahak

Azal terkentut di set pengambaran buat zarina terbahak. PERASAAN sayu bertukar lucu apabila anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai terkentut sewaktu mereka sedang menjalani penggambaran.

Ketika kejadian, Zarina, 51, sedang duduk di atas pangkin bersama Azal sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anaknya itu sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia.

“Kalau suatu hari nanti ibu dah tak ada dalam dunia ini lagi, ibu dah meninggal dunia, macam mana Azal?,” katanya dalam temu bual berkenaan.

 

Bagaimanapun, situasi sedih tersebut bertukar lucu apabila Zarina menyedari anaknya terkentut dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Azal kentut ke? Kita tengah shooting, awak kentut pula,” katanya.

Zarina berkongsi video sedutan temu bual berkenaan di Instagram miliknya pada Jumaat selepas ia dimuat naik pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin di laman sosial.

Azal secara spontan memberitahu terdapat oksigen dan bakteria di dalam perut yang menyebabkan dia terkentut.

“Kentut! Ada oksigen dan bakteria!,” katanya selamba.

Azal sebelum itu, tekun mendengar luahan hati ibunya selain memberitahu dia sangat sayangkan Azil namun tidak tahan abang kembarnya itu suka mengamuk.

Dalam pada itu, Zarina sendiri tergelak melihat gelagat anak kesayangannya itu selepas menonton video tersebut yang dimuat naik Shahrulezad.

“Saya pun tergelak sendiri tengok video Azal. Dia boleh selamba ‘land’ jer… masa shooting tu saya tengah serius bercakap dekat Azal,” katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur melihat ragam dua beranak ini dan sentiasa menghiburkan hati. Zarina sering memikirkan nasib anaknya jika dia sudah tiada.

Ramai mengakui pada awanlnya sedih dan mengalirkan air mata mendengar Zarina bercerita tentang anak-anaknya namun tergelak besar apabila Azal terkentut.

“Aku ni baru nak bersedih. Azal pula kacau dengan kentut dia. Tak jadilah aku sedih.

“Baru nak keluar air mata, termasuk balik air mata ni, terus ketawa,” komen netizen.

Sebelum ini, Azal diberi kepercayaan memegang watak hero menerusi telefilem Kasih Dari Syurga yang bersiaran di TV2 bersama ibunya sehingga mendapat pujian penonton.

BACA JUGA:

Ondaway balik nampak bulus tengah jalan Sekali ini terjadi

Setelah 26 tahun berlalu ini yang terjadi pada seorang jutawan senyap Ini

Janna Nick tayang kaki seksi , lain yang netizen kecam

Artikel ini disiarkan pada 26/11/2022

COMMENTS

Wordpress (1)