Baby Shima tak peduli walaupon teruk dikecam

Baby Shima tak peduli walaupon teruk dikecam.Penyanyi sensasi, Baby Shima, 29, tidak mempedulikan komen pedas netizen tidak berpuas hati dengan tindakannya menyanyi lagu popular, Tiara dalam versi dangdut.

Video dimuat naik Shima menerusi Instagram (IG) menerima kecaman hebat netizen apabila rata-rata menyifatkannya merosakkan lagu nyanyian asal kumpulan Kris itu.

Bukan makin sedap, jadi tak sedap bunyinya.. Lagi sedap dengar original punya,” antara komen ditinggalkan netizen dalam IG.

Seorang lagi pengikut mengatakan penyanyi kontroversi itu merosakkan lagu kumpulan Tiara itu.

“Rosak lagu ori Tiara… Tak sedap pun,” komen seorang pengikut.

Sementara itu, penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Lalai itu berkata, dia tidak terkesan komen netizen yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyiannya.

Bekas peserta pertandingan realiti, D’Academy Asia 3 di Indonesia pada 2017 itu berkata, muzik adalah universal dan meliputi banyak genre.

Dangdut juga salah satu genre, justeru kata Shima, dia tidak menganggap tindakan menyanyi lagu Tiara dalam versi dangdut sebagai satu kesalahan.

Ini kerana, katanya, dia yakin genre dangdut juga mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Muzik mempunyai banyak genre. Ada peminat rock atau metal mungkin kurang gemar muzik dangdut, begitulah sebaliknya.

“Bagi saya, netizen mengutuk atau tidak suka pada genre tertentu tidak mewakili keseluruhan pendengar.

“Jadi, saya akan terus jalan dengan melakukan apa yang dilakukan sekarang. Saya ada sasaran dan tujuan.

“Saya tidak langsung terkesan dengan kecaman netizen,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, penyanyi popular dari seberang, Raffa Affar dikecam gara-gara merosakkan lagu Tiara yang ciptaan komposer, Datuk M Nasir itu.

Raffa Affar menerima kecaman hebat didakwa merosakkan melodi dan keaslian lagu yang popular sekitar 1991 ketika tampil menjayakan program hiburan secara langsung di Indonesia.

Baca :Pemuda Rohingya didakwa rogol dua beradik

Artikel ini disiarkan pada 02/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)