Banjir di Gurun, 500 penduduk di pindahkan

Banjir di Gurun, 500 penduduk di pindahkan

Banjir di Gurun, 500 penduduk di pindahkan.Seramai 510 individu daripada 132 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selepas rumah mereka terjejas akibat banjir.

Mereka ditempatkan di PPS Surau Kampung Sungai Bongkok, iaitu seramai 260 mangsa daripada 65 keluarga manakala PPS Masjid Pekan Gurun seramai 250 mangsa daripada 67 keluarga.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.

“Jumlah rumah mangsa dari Kampung Sungai Ibor 50 buah, Kampung Belakang Mahkamah Gurun (lima), Kampung Jelatang (26), Kampung Batu 5 (14), Kampung Sungai Badak (10), Kampung Sungai Bongkok (65), Kampung Guar Nenas (29), Taman Gurun Jaya (1),” katanya.

Dalam kejadian jam 4.23 pagi tadi, enam kampung dan sebuah taman perumahan di Mukim Gurun dinaiki air antara 0.3 hingga 0.9 meter berikutan hujan lebat hampir tiga jam.

Baca:Wanita kongsi cara mudah buat passport

Artikel ini disiarkan pada 02/06/2022

COMMENTS

Wordpress (0)