Banjir kilat di Makkah, antara yang menggemparkan ramai

Banjir kilat di Makkah, antara yang menggemparkan ramai

Banjir kilat di Makkah, antara yang menggemparkan ramai. Ramai terkejut Makkah dilanda banjir kilat, arus terlalu kuat buat ramai gelisah

TIDAK hanya di Malaysia, beberapa negara lain turut berdepan dengan musim banjir.

Namun, paling terkesan adalah situasi yang berlaku di kota suci Makkah.

Menurut laporan Middleeasteye.net, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu menyaksikan paras air naik ekoran hujan yang berterusan sebelum malam kejadian.

Fenomena itu mengakibatkan banyak kenderaan dan harta benda di bandar berkenaan mengalami kerosakan.

Insiden tersebut bukan sahaja berlaku di Tanah Suci Makkah, tetapi turut terjadi di kawasan kejiranan seperti Al-Otaibi.

Melihat kepada rakaman yang dikongsikan, bukan sahaja air naik sehingga mencecah paras pinggang, malah lebih mengejutkan, arus banjir yang begitu kuat membolehkan kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan dengan mudah!

Begitulah gambaran berapa kuatnya deras air dan Hal berkenaan telah membuatkan para jemaah termasuk penduduk tempatan gelisah serta mengambil tindakan berwaspada.

Rentetan itu, kesemua kenderaan yang diparkir di tepi bangunan telah dibawa arus.

Ada sebilangannya (kenderaan) merempuh antara satu sama lain dan akhirnya remuk akibat dihempap.

Insiden tersebut benar-benar mengejutkan orang ramai kerana umum mengetahui bahawa Makkah sangat jarang berhadapan dengan cuaca buruk seperti hujan lebat.

Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana segala yang berlaku sudah ditentukan oleh ALLAH.

Untuk pengetahuan semua, banjir yang melanda Makkah bukanlah kali pertama tercetus.

Pada April 2021, situasi sama pernah berlaku.

Hujan yang berterusan pada ketika itu telah menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dipenuhi bah.

Memetik laporan Astro Awani, hujan lebat amat jarang berlaku, namun pada hari berkenaan air telah naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Susulan kejadian tersebut, pihak bertanggungjawab telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua.

Pada 28 Mei lalu, Kuwait, Arab Saudi telah berhadapan dengan situasi yang sungguh membimbangkan apabila ribut pasir melanda bandar berkenaan sehinggakan keadaan sekeliling berubah menjadi warna jingga.

Kejadian itu telah menyebabkan jarak penglihatan hanya erhad kepada 300 meter sahaja.

Debu kuning jelas kelihatan Dan ia melitupi rata-rata bumbung kereta dan rumah.

Rentetan itu, lebih daripada 1,000 orang telah dikejarkan ke hospital sekitar Arab Saudi gara-gara sesak nafas susulan ribut pasir yang melanda negara itu.

Doa kita, agar mereka yang sedang menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci Kota Makkah selamat dan dilindungi-NYA.

BACA JUGA:

Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2023 kini rasmi

Idea kreatif yang berjaya halang rumah dimasuki banjir, ikuti kisah Zuhri

Dr M yang kalah dan hilang deposit di Langkawi baru-baru ini, tiada keperluan langsung untuk hirau komen negatif terhadap Anwar

Artikel ini disiarkan pada 28/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)