Bapa Pengantin Wanita Batalkan Akad Nikah

Majlis pernikahan antara pasangan kekasih di Jawa Barat ini musnah gara-gara bakal pengantin lelaki tidak membawa bersama mas kahwin.

Menerusi video pasangan pengantin dari Bandar Bekasi yang tular melaporkan kedua-dua pihak bersetuju dengan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram bersama wang tunai.

Namun, ketika pasangan itu dihadapan jurunikah, kedua perkara itu tidak disertakan sekali.

Akibatnya, bapa pengantin perempuan yang dikenali sebagai Tinggal, terpaksa membatalkan sahaja perkahwinan anaknya itu kerana bakal menantunya mungkir janji.

“Lelaki ini berjanji memberikan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada bakal isterinya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini,” katanya.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi, hanya menurut arahan keluarga dan bersetuju agar pernikahannya dibatalkan.

Akibat daripada itu, timbul kekecohan antara kedua belah keluarga, namun ia berjaya dileraikan dengan bantuan pihak polis

Artikel ini disiarkan pada 19/01/2021

COMMENTS

Wordpress (0)