Baru lepas mandi, cepatnya berpeluh lagi, baca ini untuk tips mencegahnya

Baru lepas mandi, cepatnya berpeluh lagi, baca ini untuk tips mencegahnya

Baru lepas mandi, cepatnya berpeluh lagi, baca ini untuk tips mencegahnya.

PERASAN tak, selepas mandi ada di antara kita yang akan berpeluh selepas mandi. Adakah keadaan itu normal?

Fenomena itu biasanya terjadi terutamanya selepas kita mandi menggunakan air panas.

Air panas yang tersisi pada kulit dan rambut sebenarnya akan terus menghangatkan tubuh biarpun selepas mandi.

Ini kerana wap air panas itu yang dicampur dengan suhu badan kita akan meningkatkan kelembapan tubuh. Ini sekaligus membuatkan tubuh mengeluarkan peluh.

Bagaimana cara mencegah berpeluh selepas mandi?

1. Tunggu selama 20 hingga 30 minit selepas melakukan sesuatu aktiviti seperti bersenam sebelum mandi. Ia dapat membantu tubuh menurunkan suhu badan.

2. Ketika mandi, cuba matikan air panas untuk menurunkan suhu sebelum keluar dari bilik air. Masa peralihan ini dapat menurunkan suhu badan sekaligus mengurangkan masalah berpeluh.

3. Sekiranya mandi menggunakan air panas, siraman terakhir itu bilas dengan air sejuk agar tiada sisa air panas tertinggal di kepala dan tubuh.

4. Pastikan bilik air anda mempunyai pengaliran udara yang baik agar wap yang keluar daripada air panas dapat diganti dengan udara sejuk dan menurunkan suhu dalam bilik air.

BACA JUGA:

Tengok orang lain jalan dengan anak bulus ok je, anak bulus sendiri pula meragam, ikuti panduan ni untuk bagi anak bulus behave bila dibawa jalan

10 tips penting buat pencinta kucing, jom baca

Ketabahan Junaidah wajar diambil teladan oleh para isteri di luar sana

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baru lepas mandi, cepatnya berpeluh lagi, baca ini untuk tips mencegahnya […]