Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari Ini

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari Ini

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Akan Dikreditkan Mulai Hari Ini.Berita baik bagi pemohon pengeluaran Khas KWSP, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bayaran pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal iaitu pada 18 April 2022, berbanding jadual asal 20 April 2022 seperti diumumkan sebelum ini.

Keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dipertimbangkan oleh suara mejoriti rakyat.

Keputusan dikeluarkan setelah berbincang dengan pihak KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 (Isnin).

Bagi pemohon yang telah memohon pada awal bulan April lalu, bolehlah mula menyemak baki akaun bank masing-masing harini.

semak sinihttps://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status

Bagi yang belum menerima bayaran, tidak perlu khuatir kerana ianya akan dikreditkan secara berperingkat.

Kesimpulan:
Permohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.

Baca:

Pengeluaran khas KWSP lulus Ramai teruja

Artikel ini disiarkan pada 18/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)