Bekas isteri DDNK bukan calang-calang,rupanya ini kelulusan beliau ,baru tahu

Bekas isteri DDNK bukan calang-calang,rupanya ini kelulusan beliau ,baru tahu

Bekas isteri DDNK bukan calang-calang,rupanya ini kelulusan beliau.Rupanya bekas isteri DDNK bukan calang-calang, ada lulusan MBA. Meskipun tidak kelihatan menghadirkan diri ke majlis kahwin yang berlangsung 2 hari lepas, Datin Hasmawatie dikatakan sudah tahu mengenai berita bekas suaminya mendirikan pernikahan kali kedua.

Di saat kemeriahan wedding pakar saham popular itu masih menjadi bualan, dalam masa sama wanita berkenaan dilihat seakan-akan memberikan gambaran tentang ujian yang melanda hidupnya.

Kami baik-baik je…Happy dengan kehidupan saya sendiri

 

Walaupun tidak bercerita secara terperinci apakah kemelut yang sedang terjadi, ramai netizen bersimpati dengan luahan tersebut.

Justeru itu, beliau benar-benar berterima kasih atas sokongan yang diberikan selain percaya dugaan sekarang mungkin bakal digantikan dengan hikmah terbaik daripada Allah.

Saya merupakan bekas CEO yang dilucutkan jawatan…Tapi saya masih director & pemilik bersama

Dalam perkongsian terbaru juga, Datin Hasmawatie sempat throwback semula story Facebook yang pernah dimuat naik 2 tahun lalu.

Disangka berstatus suri rumah biasa, rupanya beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi iaitu Master Of Business Administration (MBA) dari Universiti Putra Malaysia.

Hingga saat ini, dukungan yang diberikan oleh team syarikat dalam mendepani kemelut berkenaan amat dihargai olehnya.

Perjuangkan hak sis & anak…Orang baik Allah sayang

Melalui ruangan komen, ramai orang berharap semoga urusannya akan dipermudahkan. Mereka juga mendoakan beliau akan mendapat hak sewajarnya mengikut tuntutan yang sudah dibuat.

Baca :Polis Thailand Dedah Lokasi Terkini Usahawan Berada

Artikel ini disiarkan pada 19/09/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca :Bekas isteri DDNK bukan calang-calang,rupanya ini kelulusan beliau ,baru tahu […]

  • […] Baca :Bekas isteri DDNK bukan calang-calang,rupanya ini kelulusan beliau ,baru tahu […]