Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya

Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya

Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya. Sekali lagi bekas isteri ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.

Ketika dihubungi, peguam syarie, Ummi Kartini yang mewakili SM Faisal berkata, mahkamah mengeluarkan waran itu selepas Emilia selaku responden bersama peguam syarienya, Nazri Yahya tidak hadir tanpa sebab.

Ekoran perkara itu beliau berkata, prosiding yang dijadualkan berlangsung awal pagi, tertunda sehingga jam 1 tengah hari kerana menunggu kehadiran responden.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Azzeman Omar, beliau menghujahkan bahawa responden dan peguamnya gagal untuk hadir biarpun tarikh prosiding lalu, pada 21 September dihadiri kedua-dua pihak.

Mendengar perkara itu, mahkamah kemudiannya mengeluarkan arahan waran tangkap terhadap Emilia.

Turut mewakili ahli perniagaan itu ialah peguam syarie, Izzah Shakirah.

Difahamkan, ini merupakan waran tangkap kedua dikeluarkan mahkamah sama terhadap Emilia.

Pada 27 Jun lalu, Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari di Penjara Kajang, kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.

BACA JUGA:

Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa ditanggung

Kelihatan lagi di jalan awam, S50 atau Proton Sedan sedang dipandu uji

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga lebih murah iaitu RM5 sebulan

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2022

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya […]

  • […] Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya […]

  • […] Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya […]