Bekas Pramugari Nekad Peluk Islam! Reaksi Keluarga Buat Dia Sebak

Bekas Pramugari Nekad Peluk Islam! Reaksi Keluarga Buat Dia Sebak

Bekas Pramugari Nekad Peluk Islam! Reaksi Keluarga Buat Dia Sebak.MELAKUKAN penghijrahan bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anut4n aga4ma dan keperc4yaan.

Memiliki keluarga yang supportive, Nur Elisha Zulaikha Impang bersyukur dan gembira apabila pilihannya untuk mendalami ag4ma Islam direstui kedua-dua orang tuanya.

Bukan itu sahaja, ibunya juga sentiasa mengingatkannya tentang solat selain sanggup membeli perkakasan rumah yang baharu terutama pinggan mangkuk dan periuk.

Bercerita tentang penghijrahan yang dilakukannya itu, dia yang begitu gemar dengan nama Nur berkata, dirinya mula tertarik dengan Islam dan masyarakat Muslim seawal usia remaja.

Disebabkan itu, dia sering memakai baju kurung apabila pergi ke sekolah sehinggalah minatnya dapat dihidu ibu tercinta.

“Semasa di sekolah menengah, saya tidak tahu kenapa bila tengok kawan-kawan yang muslim hati akan berasa tenang dan begitu gemar melihat mereka.

“Bermula dari situlah saya jadi minat nak pakai baju kurung sehinggakan mak saya cakap ‘hari-hari pakai baju kurung, nak masuk Islam ke?’

“Mungkin masa tu sudah mendapat hidayah Allah, tetapi saya ign0re kerana tidak percaya akan bertukar ag4ma tambahan pula saya merupakan anak tunggal… jadi sukar untuk perkara tersebut berlaku,” luahnya yang tidak menyangka akan memeluk Islam pada usia 23 tahun.

“Disebabkan berlainan ag4ma, saya mencari maklumat tentang pakaian serta warna yang sesuai ketika berada di sana. Selain Google, saya juga mendapatkan pandangan rakan-rakan Muslim yang lain.

“Bagi menenangkan mak, saya nyatakan bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus kerana hanya agama sahaja yang bertukar. Saya cakap tiada yang akan berubah, melainkan cara solat serta lar4ngan makanan,” imbaunya.

“Saya pujuk mak dan ceritakan yang saya masih boleh menghubunginya, balik dan tidur bersamanya seperti biasa kerana tiada yang berubah melainkan ag4ma… perkara itu kemudian dimaklumkan kepada ayah.

“Selepas beberapa ketika, saya menghubungi ayah walaupun t4kut kerana dia sangat gar4ng. Walaupun ayah dah tahu, tapi saya ceritakan sendiri hasrat saya untuk memeluk Islam dan berkahwin.

“Ayah masa tu diam sahaja dan kemudian dia tanyakan sama ada betul atau tidak saya ingin memeluk Islam. Tiga kali dia ajukan soalan sama dan saya nyatakan yang ia adalah untuk diri sendiri serta ingin bertaubat bukan kerana cinta atau sesiapa.

“Sebelum mengakhiri perbualan telefon, mak terus berkata yang dia reda dengan keputusan saya dan menganggap ia sudah ditentukan,” luahnya sebak.

Menurut Nur Elisha lagi, pada hari dia mengucapkan dua kalimah syahadah di Hulu Selangor, Selangor, kedua orang tuanya tidak dapat hadir.

“Ayah cakap, bila dah masuk Islam jangan berhenti belajar… kena cari ilmu dan jang4n mempermainkan ag4ma Islam seperti beberapa orang lain yang tidak belajar dengan baik sehingga akhirnya kembali ke agama asal.

“Pesan ayah itu tersemat di hati saya dan akan saya turuti sehingga akhirnya,” katanya yang kini hampir dua tahun menjadi seorang muslimah.

Tambahnya, selepas mendirikan rumah tangga, syarikat penerbangan tempatnya berkhidmat kembali menawarkan pekerjaan namun dia menolak kerana ingin mendalami ilmu agama.

Baca :Pemilik Roti Canai Janda kini jadi jadi tunangan orang

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Bekas Pramugari Nekad Peluk Islam! Reaksi Keluarga Buat Dia Sebak […]