Beli Myvi ? ibu Bakal pengantin tak bagi.. ini sebabnya

Beli Myvi ? ibu Bakal pengantin tak bagi.. ini sebabnya

Beli Myvi ? ibu Bakal pengantin tak bagi.. ini sebabnya .Seorang bakal pengantin bingung dengan kehendak ibunya yang tidak bersetuju apabila bakal suaminya mahu membeli kereta perodua Myvi selepas mereka berkahwin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, gadis itu meluahkan rasa sedih selain berasa tertekan apabila pilihan mereka untuk membeli Myvi ditentang ibunya.

Menurutnya, ibunya menganggap kereta berkenaan sebagai kenderaan pelajar universiti sahaja dan tidak sesuai bagi pasangan berkahwin selain meminta mereka membeli kenderaan yang lebih elok.

Buntu dengan keadaan itu, gadis berkenaan meminta pandangan orang ramai tentang tindakannya untuk membeli kenderaan jenama itu.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa gadis berkenaan dan ada antaranya turut memintanya bersabar.

“Belum kahwin tetapi mak mertua sudah mula campur tangan, kalau aku dah angkat kaki dah. Kahwin bukan untuk setahun dua saja tapi untuk seumur hidup,” tulis Uzairie.

“Kalau gaji ciput, pakai sahaja Axia atau Myvi. Jimat minyak kereta, kalau gaji lebih nak pakai apa pun suka hati mereka asalkan mampu.

“Jangan sebab ikutkan kata mak yang selera tinggi itu, esok lusa makan diri kita. Kereta tak besar tak apa, asalkan nak bergerak senang,” komen @Nik Amalina.

baca:

Lizzy kongsi gambar jumpa dentist, lain pula yang netizen perasan

 

Imam kantoi merempit lepas tarawih

 

Artikel ini disiarkan pada 11/04/2022

COMMENTS

Wordpress (0)