Berdepan hujan lebat dan air pasang luar biasa, kali ini di Sabah

Berdepan hujan lebat dan air pasang luar biasa, kali ini di Sabah

Berdepan hujan lebat dan air pasang luar biasa, kali ini di Sabah. Sebelas buah rumah terjejas teruk di Tanjung Aru Baru akibat pukulan ombak ganas dalam kejadian air pasang luar biasa pada jam 5 petang di sekitar Pantai Barat Sabah semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris, dua daripada 11 rumah yang terlibat turut roboh akibat dipukul ombak dalam kejadian tersebut.

Susulan itu, pihak polis katanya, telah mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.

“Hasil pemeriksaan mendapati, sebanyak 11 buah rumah yang terkesan. Dua daripadanya roboh dan dihanyutkan air manakala sembilan yang lain terjejas akibat dinaiki air dan dipukul ombak.

“Atas sebab-sebab keselamatan, kita mengarahkan penduduk untuk mengosongkan rumah mereka,” ujar Kalsom ketika ditemui media sewaktu meninjau kawasan kejadian di Kampung Tanjung Aru Baru.

Dalam kejadian itu, menurut Kalsom seramai 273 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke Dewan Terbuka Tanjung Aru sementara sebahagian lagi mangsa bertindak pulang ke rumah saudara-mara masing-masing yang berdekatan.

Dalam pada itu, dua lagi rumah, masing-masing di Sri Aman Kudat dan Kampung Salimpodon Pitas, turut menerima nasib sama akibat fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan di sekitar Pantai Barat Sabah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini selain Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengingatkan, kejadian hujan berterusan di negeri ini dijangka berlarutan sehingga 26 Dis.

BACA JUGA:

Jazlan bukan Pengerusi FELCRA, pelantikan politik dalam GLC ditangguh

Bekas isteri SM Faisal akan ditangkap kali kedua kerana ingkar proses lawatan tiga anaknya

Kerajaan tidak perlukan lagi khidmat MPN, fungsi bertindih malah banyak lebihan kos yang terpaksa ditanggung

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Berdepan hujan lebat dan air pasang luar biasa, kali ini di Sabah […]