Berita yang ditunggu-tunggu lagi oleh rakyat, RON97 turun 20 sen

Berita yang ditunggu-tunggu lagi oleh rakyat, RON97 turun 20 sen

Berita yang ditunggu-tunggu lagi oleh rakyat, RON97 turun 20 sen. Harga petrol RON97 akan turun 20 sen daripada RM3.75 kepada RM3.55 seliter mulai tengah malam semalam.

Harga RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baharu itu akan berkuat kuasa hari ini hingga 21 Dis.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

BACA JUGA:

Wanita bergelar isteri, jangan naif jika tidak mahu terjebak skim penipuan sepanjang hayat!

MOTAC atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, ke mana halatuju selepas kabinet Kerajaan Perpaduan diumum

Setiap manusia diuji masalah hidup, begitu juga kisah wanita cekal Azimah Rahim

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Berita yang ditunggu-tunggu lagi oleh rakyat, RON97 turun 20 sen […]