Buah Harga RM3,000 Sekilogram, budak buat main je

Buah Harga RM3,000 Sekilogram, budak buat main je

Buah Harga RM3,000 Sekilogram, budak buat main je Buat anda yang lahir di era 90-an, dibesarkan di desa dan kampung, buah ini merupakan buah letup yang boleh banyak didapati dengan mudah.

Buah letup atau dengan nama saintifik, Physalis Angulata atau dipanggil juga The Cape Gooseberry ini boleh didapati dengan mudah di pelbagai tempat di Asia Tenggara, terutama di kebun atau di kawasan tanah sawah.

Namun, siapa sangka, buah kecil ini sekarang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi sehingga dijual pada harga RM3,000 sekilogram.

Memetik Livestrong.com, buah letup ini mengandung Vitamin A yang sangat tinggi. 100 gram buah ini mengandung 720 unit vitamin A. Angka itu bererti mampu memenuhi 14 peratus keperluan vitamin dalam tubuh kita dalam sehari.

Vitamin A baik buat tubuh badan kita. Untuk kesihatan mata, kulit dan kekebalan tubuh.

Selain itu, buah ini juga kaya vitamin C. Vitamin ini diperlukan bagi tubuh untuk menyerap zat besi dan membantu dalam pembentukan kolagen.

Vitamin C juga membuat tulang kita kuat, otot, tulang rawan dan pembuluh darah yang sihat. Jika diet menggunakan vitamin C dapat membantu melawan infeksi dan mencegah penyakit seperti selsema biasa.

Turut boleh mengubati diabetes, untuk 1 gram buah letup mengandung 53 kalori dan satu gram lemak.

Memang jauh sekali dari anggapan ramai, buah ini biasanya dikatakan oleh orang tua-tua tidak boleh dimakan. Malah, jika muncul tanaman itu di kebun atau sawah, malah ditebas dan dibuang.

Lihat gambar buah letup yang dijual di sebuah pasar raya di negara jiran di bawah ini.

Namun, tidak dapat dipastikan dan tiada keterangan lanjut di pasar raya yang mana buah letup itu dijual, pada gambar tersangatlah jelas tertera dijual pada harga Rp 30.957 sebungkus dengan berat 60 gram di Indonesia.

Dari akar, daun sehinggalah buanya mempunyai banyak khasiat yang mampu merawat atau menyembuh pelbagai penyakit. Antaranya:

Menyembuhkan penyakit jantung
CARANYA : ambil 40 helai daun, cuci bersih, blender buat jus, minum.
atau boleh dimakan terus daunnya, tapi dicuci dengan air panas dulu biar steril.

Ubat Asma
CARANYA : ambil daun, batang dan buah kemudian cuci sehingga bersih, di rebus minum airnya.
atau ambil daunnya campur dengan kapur sirih, lalu hancurkan dengan ramasan tangan, beri air sedikit, lalu gosok pada dada, perut dan punggung.

Mengubati kurap
CARANYA : ambil buah ciplukan, tumbuk halus lalu sapukan pada kulit yang kena kurap.

Menurunkan demam
CARANYA : buahnya di makan untuk menurunkan demam anak-anak.

Menurunkan tekanan darah tinggi
CARANYA : ambil daun, buah dan akar, cuci hingga bersih, rebus lalu minum airnya selama 3 minggu berturut turut.

Membersihkan kencing kotor
CARANYA : minum rebusan daun, buah dan akar.

Mengubati kanser payudara
CARANYA : ambil daun pucuk yang muda, dicampur dengan 4 biji beras & tunas kunyit, cuci dengan air hangat biar steril, kemudian blender, selepas itu tempelkan pada payudara.

Menghilangkan kuning pada bayi yang baru lahir
CARANYA : buah ciplukan dijemur sehingga kering kemudian dibuat mandi pada bayi yang baru lahir.

Menyedarkan orang yang pengsan
CARANYA : ambil akarnya, dibakar, ambil abunya itu lalu dicampurkan dengan kapur sirih, campurkan sedikit minyak kelapa dan sapukan pada kepala orang yang sedang pengsan.

Mengubati stroke
CARANYA : meminum air dari rebusan akar, daun, batang dan buah ciplukan atau makan terus buah ciplukan secara rutin, insyahallah stroke beransur-ansur sembuh.

Menambah kecerdasan
CARANYA : buah ciplukan di campur air, jeruk nipis & sedikit gula dan amalkan memakan setiap hari.

Mengubati kencing manis atau diabetes
CARANYA : rebus batang dan akar, minum 3 hari sekali, insyahallah diabetis kembali normal.

Menghilangkan sakit sendi
CARANYA : campurkan daun dan kapur sirih, tumbuk halus lalu tempelkan pada sendi yang sakit.

Tambah darah / anemia
CARANYA : merebus batangnya, minum airnya setiap hari

Penawar racun
CARANYA : daun, batang, buah dan akar, semuanya boleh di makan sebagai penawar racun.
BACA:

7 jenis Buah yang jarang kita dengar mahal harganya

Artikel ini disiarkan pada 02/09/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Buah Harga RM3,000 Sekilogram, budak buat main je […]