Buaya muncul di pantai kg tengah mengemparkan penduduk

Buaya muncul di pantai kg tengah mengemparkan penduduk

Buaya muncul di pantai kg tengah mengemparkan penduduk.Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menggemparkan kumpulan nelayan di Pantai Kampung Tengah, Kijal di sini hari ini.

Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, haiwan liar itu dikesan ketika mereka keluar memukat ikan kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, kemunculan buaya bukan perkara baharu bagi kalangan nelayan di situ dan kali terakhir ditemukan kira-kira 10 tahun lalu.

Sudah lama tiada buaya berenang di sini dan kami bimbang keselamatan penduduk serta pengunjung yang mandi di pantai.

“Hal itu kerana, lokasi penemuan haiwan itu hanya kira-kira 100 meter dari pantai yang menjadi tempat orang ramai beriadah,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi tular di laman Facebook hingga mencetuskan kerisauan warganet terutama pengunjung yang sering ke pantai berkenaan.

Baca :Hanya Berbekal RM2 Sehari untuk Belanja Makan, Anak Peniaga Cendol Hadiahkan Ijazah kepada Dua Orang Tuanya

Artikel ini disiarkan pada 12/06/2022

COMMENTS

Wordpress (0)