Budak lemas dalam besen di rumah pengasuh

Budak lemas dalam besen di rumah pengasuh

Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini.

Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial berusia dua tahun.

Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat.

“Cucu saya memang sudah lama dijaga pengasuh berkenaan dan sudah tentu kami masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP hari ini.

Difahamkan, Sophia Fatehah adalah anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Berita penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/680073/budak-2-tahun-lemas-dalam-besen-di-rumah-pengasuh

COMMENTS