Cara menjaga air fryer yg ramai Salah buat tip ke 11 paling penting

Cara menjaga air fryer yg ramai Salah buat tip ke 11 paling penting.

Goreng telur sebiji guna AF, suhu 120 masa 10 minit. Kalau goreng atas pan nonstick 1 minit je, guna dapur gas. Jadi, mana yang lebih jimat masa? Mestilah guna dapur.

1. Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.

2. Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.

3. Jangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.

4. Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.

5. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.

6. Elakkan air didalam air fryer, masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.

7. Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.

8. Saiz AF juga memainkan peranan. Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.

9. Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.

10. Makanan beku boleh masuk AF terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.

Baca :Awie dedah pernah hantar ‘proposal’ buat filem Datuk Bahaman kepada Finas, tapi ini Yang terjadi …

11. Tak pandai guna jangan guna nanti rosak susah

Artikel ini disiarkan pada 03/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)