Cedera parah selepas tong LPG meletup, Hajar Hanis ditidurkan empat bulan lebih

Cedera parah selepas tong LPG meletup, Hajar Hanis ditidurkan empat bulan lebih

Cedera parah selepas tong LPG meletup, Hajar Hanis ditidurkan empat bulan lebih. Wanita yang melecur hampir seluruh badan akibat letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Pulau Pinang kelmarin, akan menjalani pembedahan esok.

Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, berkata, Siti Hajar Hanis Muhamad dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Pulau Pinang semalam.

Katanya, pembedahan secara berperingkat itu bertujuan membuang kulit kakaknya yang 70% melecur, di mana kulit masih elok akan ditampal di tempat melecur.

“Ini ekoran kulit yang elok hanya ada kira-kira 30% dan proses membuang kulit yang mati juga rumit dan perlu dilakukan dengan teliti.

“Kakak akan ditidurkan sepanjang prosedur terbabit yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga lima bulan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi Selasa lalu, Siti Hajar cedera parah selepas tong LPG meletup ketika beliau mahu menggoreng ikan, menyebabkan rumah teres dua tingkat di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Tasek Gelugor yang didiaminya rosak teruk.

BACA JUGA:

Berita yang ditunggu-tunggu lagi oleh rakyat, RON97 turun 20 sen

Lahirul percaya menerusi kerjasama PH dan GRS-BN dapat mengukuhkan lagi kestabilan kerajaan dan politik di Sabah

Wanita bergelar isteri, jangan naif jika tidak mahu terjebak skim penipuan sepanjang hayat!

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)