Cekik darah !!! Tular Roti sosej dijual pada harga RM5

Cekik darah !!! Tular Roti sosej dijual pada harga RM5

Cekik darah !!! Tular Roti sosej dijual pada harga RM5. Sejak kelmarin, tular di media sosial sekeping gambar roti sosej yang dijual pada harga RM5 di kedai roti HSI, roti terbabit diletakkan sebelah pembaris yang hanya sepanjang 11 sentimeter.

Malah turut berada dalam gambar terbabit ialah sekeping resit yang menunjukkan harga roti sosej berkenaan.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa telah bertanya untuk memastikan harga roti itu adalah RM5 dan jurujual menjawab itu adalah harga yang betul.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan surat teguran kepada syarikat yang menjual roti yang terlalu mahal di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata semakan dibuat dan pihaknya mengesahkan isu berkenaan adalah berasas.

Katanya, pihak pengurusan hospital juga sudah mengarahkan pihak terbabit untuk menurunkan harga jualan sewajarnya

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan telah mengarahkan syarikat untuk menurunkan harga jualan kepada yang sewajarnya.

“Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.

“Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Baca :Wanita dikecam ‘travel’ di Thailand tidur sebilik dengan pakwe, Tidur sekatil tapi tidur bertudung dan berselimut

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)