Chubb-E jelaskan Wanita separuh bogel dalam MV itu idea asal ibunya

Chubb-E jelaskan Wanita separuh bogel dalam MV itu idea asal ibunya. Penyanyi, Chubb-E menjelaskan babak panas yang memperlihatkan seorang wanita separuh bogel daripada sedutan video muzik (MV) lagi terbaru berjudul Rambang itu merupakan idea asal ibunya sendiri.

Bagaimanapun, Chubb-E atau Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy berkata dia masih berharap agar babak panas itu ada dalam MV tersebut selain mengaku bahawa keluarganya sentiasa mengetahui apa yang dia lakukan terutama melibatkan kerjaya seni.

“Saya memang berharap babak itu ada dalam MV sebab ia merupakan idea asal. Ibu saya yang memberi idea untuk babak tersebut. Malah ibu juga yang dapatkan model wanita dari Ukraine itu.

“Apa yang saya tunjukkan, yang netizen tak suka ke apa… memang keluarga saya tahu dan saya pun tak akan buat sesuatu yang keluarga tak suka,” katanya.

Chubb-E jelaskan Wanita separuh bogel dalam MV itu idea asal ibunya

Terdahulu, tular foto berunsur lucah daripada sedutan MV lagu Chubb-E terbaru berjudul Rambang sehingga mengundang kecaman netizen.

Dalam pada itu, Chubb-E mengakui pihaknya terpaksa membuang babak wanita tersebut memandangkan ia telah mengundang kritikan netizen yang menganggap ia terlalu sensitif.

Menurut Chubb-E, dia menganggap adegan tersebut tidak perlu dijadikan isu memandangkan banyak MV lagu penyanyi rap seperti Caprice dan Joe Flizzow menggunakan konsep yang sama.

“Memang agak sedih bila babak tersebut terpaksa disunting dan dibuang. Ikutkan memang dah rancang untuk jadikan ia salah satu gimik selepas dilancarkan lagu itu.

“Kami rakam MV itu awal bulan Februari lalu sebelum timbulnya isu Zul Ariffin. Bila dah jadi isu, terpaksa la buang. Ikutkan bagi saya, tak ada masalah pun babak itu.

“Sebab saya pun ambil idea dan rujukan daripada MV lama-lama seperti MV lagu Joe Flizzow dan Caprice. Mereka pun ada MV yang memaparkan wanita berpakaian bikini saja.

“Tapi sekarang netizen sensitif cuma bagi saya, kadang-kadang sensitif tak bertempat. Tapi saya pelik, bila babak itu tak ada dalam MV, netizen geram pula. Bila ada, kang kena kecam,” katanya.

BACA:

Pengeluaran Khas KWSP Dah boleh Semak Status di sini

Seekor anjing dapat surat saman pandu laju

Penganggur dipenjara 15 tahun, rogol isteri kawan sendiri

Artikel ini disiarkan pada 09/04/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Chubb-E jelaskan Wanita separuh bogel dalam MV itu idea asal ibunya […]

  • […] Chubb-E jelaskan Wanita separuh bogel dalam MV itu idea asal ibunya […]