Di sinilah kisah hidayah Robert bermula ramai Belum tahu

Di sinilah kisah hidayah Robert bermula ramai Belum tahu

Di sinilah kisah hidayah Robert bermula. Lelaki ini namanya Robert Davila, berasal dari Amerika Syarikat. Istimewa sungguh kisahnya, saya cuba ceritakan ya. Disebabkan suatu masalah kesihatan genetik, Robert lumpuh seluruh badan dari leher ke bawah.

Sudah lebih 10 tahun dia tinggal di sebuah pusat jagaan. Robert beragama Kristian dan sahabat baiknya di pusat jagaannya itu juga beragama Kristian. Pada suatu hari, sahabat baik Robert menjalani pembedahan untuk menerima organ derma yang amat diperlukan.

Hayat sahabat baik Robert tamat di dalam bilik pembedahan. Keluarga sahabat baik Robert menghadiahi Robert rantai salib sebagai tanda kenangan persahabatan mereka. Rantai salib itu digantung di tepi katil Robert.

Di sinilah kisah hidayah Robert bermula.

Pada suatu malam, Robert bermimpikan seorang lelaki. Lelaki itu berkata namanya Muhammad. Kata lelaki itu, sambil menunjukkan kepada rantai salib yang tergantung di sisi katil Robert, “Tuhan tidak mengutuskan rasul supaya manusia menyembah rasul; Tuhan mengutuskan rasul supaya manusia menyembah Tuhan. Dan Jesus hanyalah manusia. Dia berjalan ke pasar dan makan makanan.” Mimpi Robert habis di situ.

Robert mula mencari maklumat tentang Muhammad menggunakan komputer voice-operated yang dibekalkan oleh keluarganya. Dia menemukan kebenaran dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Dia belajar membaca Al-Quran dengan seorang warga Mesir melalui Skype dan sudah boleh menghafal sepuluh surah.

Masuk wataknya seterusnya, iaitu seorang lelaki yang berasal dari Mesir yang telah berhijrah ke Amerika. Dia sering diupah melakukan kerja-kerja pembaikan di pusat jagaan tempat Robert tinggal. Lelaki Mesir ini sudah jauh dari Tuhan. Suatu hari, dia terdengar alunan Surah Al-Asr dari bilik Robert. Dia terkejut dan bertanya, “Robert, apa yang awak sedang dengar?” Jawab Robert, “Saya yang baca.” Robert pun berkongsi ceritanya, dan lelaki Mesir itu sangat tersentuh. Dia nekad. “Saya akan kembali kepada Allah.”

Robert sering menonton video Nouman Ali Khan (NAK) untuk belajar tentang Al-Quran. Pada suatu hari, NAK pergi ke masjid yang dihadiri oleh lelaki Mesir, dan lelaki Mesir itu berjumpa dengan NAK selepas syarahannya untuk berkongsi tentang kisah Robert. NAK begitu tersentuh dan memutuskan untuk pergi menziarahi Robert di pusat jagaannya.

Suatu hari Robert dibawa ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, namun mengalami sedikit kecederaan kerana van yang membawa dia dalam kerusi rodanya tidak dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi. Doktor mengarahkan dia agar tidak meninggalkan katilnya selama 6 bulan. Kata Robert, cukup 6 bulan dia ingin ke masjid lagi kerana saat berada di masjid, dia berasa sangat tenang, tidak pernah dia rasa setenang itu.

Robert pernah berkata, sekiranya keadaan fizikalnya yang serba kurang itulah yang menjadi asbab dia bertemu hidayah, sangat-sangat berbaloi melalui segala kepayahan dan keperitan, kerana baginya nikmat keimanan itu tiada tara, tidak terbanding. Masya-Allah, inspirasi dan peringatan yang mendalam buat kita semua. Let’s not take our gift of Islam for granted!

Robert Davila meninggal dunia semalam. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Moga Allah menempatkannya di syurga bersama orang-orang yang soleh.

*Cerita ini diolah daripada video NAK (link dalam komen pertama), tontonlah – hanya 11 minit.

#kembarahatibysmm

Baca :Netizen Puji Puteri Balqis Semakin Cantik,buat ramai tak keruan tengok

Artikel ini disiarkan pada 07/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)