Diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas, khabar gembira buat netizen

Diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas, khabar gembira buat netizen

Diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas, khabar gembira buat netizen. Polis Selangor akan menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas di semua kaunter trafik di seluruh negeri.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, orang ramai yang berminat boleh membuat pembayaran di mana-mana kaunter trafik di Selangor pada 20 dan 21 Disember, dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.

“Bagaimanapun, pengurangan tidak diberikan kepada saman kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus Op Selamat, bicara mahkamah, berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q, guna lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan ubahsuai ekzos.

“Tawaran pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus diberikan sempena dengan hari bertemu pelanggan JSPT Selangor,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, transaksi dalam talian tidak disediakan bagi tawaran pengurangan berkenaan dan orang awam yang berminat boleh membuat pembayaran dan semakan di kaunter trafik secara fizikal di seluruh Selangor.

BACA JUGA:

Wanita bergelar isteri, jangan naif jika tidak mahu terjebak skim penipuan sepanjang hayat!

MOTAC atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, ke mana halatuju selepas kabinet Kerajaan Perpaduan diumum

Setiap manusia diuji masalah hidup, begitu juga kisah wanita cekal Azimah Rahim

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas, khabar gembira buat netizen […]