Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris

Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris

Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris.

Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada dua lelaki warga emas yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu kerana tidak dituntut.

HBP dalam kenyataan media berkata, mayat pertama dikenali sebagai Abu Bakar Mohamed Sheriff, 63, beralamat terakhir di Blok 42B-23-23 Pangsapuri Sri Saujana, Georgetown dekat sini dan meninggal dunia akibat pneumonia pada 15 Disember lalu.

“Mayat kedua yang merupakan seorang lelaki berusia 70 tahun bernama Lee Kok Yeow beralamat terakhir di Nombor 244 Jalan CY Choy, Georgetown maut akibat sindrom koronari akut pada 26 November lepas,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Pihak HBP telah cuba mengesan ahli keluarga dan waris kepada dua lelaki warga emas itu termasuk ke alamat terakhir, namun gagal menemukan mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mayat berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Pengurusan Hospital Balik Pulau, Mohd Shukeri Md Zain di talian 04-866 9333/115 untuk menyalurkan maklumat.

BACA JUGA:

11 hektar ladang ganja dianggar hasilkan 55 tan ganja, berjaya dibongkar

Sabah kini diberi amaran daripada NADMA

9 days in Father’s Organic Farm umpama tajuk sebuah movie, hakikatnya sebuah kisah sedih yang nyata

Artikel ini disiarkan pada 26/12/2022

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris […]

  • […] Dua mayat belum dituntut, Hospital Balik Pulau cari waris […]