Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini ,Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual

Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini ,Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual

Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini ,Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual.Pendakwah bebas terkenal yang juga merupakan aktivis, Ustaz Ebit Lew bakal berdepan dengan 11 tuduhan gangguan seksual dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada tarikh 27 hingga 30 September akan datang.

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan ataupun isyarat yang bermaksud mengaibkan seseorang.

Sekiranya didapati bersalah, Ebit Lew bakal dikenakan hukuman dipenjara selama lima tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali.

Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini ,Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual

Pada 18 Februari yang lalu, Ebit mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah pada 18 Februari yang lalu.

Difahamkan, beliau dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua jaminan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ebit sebelum ini berdepan dengan tuduhan membuat penghantaran gambar serta perkataan lucah menerusi aplikasi WhatsApp.

BACA:

Ini sebab Orang Malaysia suka minum kopi semasa sarapan

Ceramah Ustaz Kazim Tiba-Tiba Jadi Kecoh Wanita Meracau

Artikel ini disiarkan pada 27/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini ,Berdepan 11 Tuduhan Gangguan Seksual […]