Enam tahun derita seekor buaya tersekat di tayar berakhir semalam

Enam tahun derita seekor buaya tersekat di tayar berakhir semalam.Usaha pihak berkuasa dan penduduk setempat untuk mengeluarkan tayar yang tersangkut pada seekor buaya di Palu, Sulawesi Tengah akhirnya berjaya.

Hal ini kerana, tayar tersebut diketahui sudah tersekat pada badan buaya itu yang dikenali dengan jolokan ‘buaya berkalung tayar’ atau B3 sejak 2016.

Tayar itu berjaya dikeluarkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Tili, berasal dari Sragen, Jawa Tengah.

Ketika ditemui media, Tili menceritakan dia terlebih dahulu menangkap anak buaya berkenaan sebelum mengumpannya dengan 35 ekor ayam dalam tempoh tiga minggu.

“Saya juga gunakan sejumlah burung merpati sebagai umpan untuk menangkap buaya itu, selain tali sepanjang 300 meter.

 

“Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan tayar itu berjaya dikeluarkan dari buaya berkenaan dan selepas itu kami bebaskannya semula ke dalam sungai,” katanya.

Aksi Tili disaksikan oleh orang ramai yang berkumpul di Jambatan Palu, Tatura Selatan.

Pelbagai pihak termasuk pasukan dari luar negara cuba mengeluarkan tayar itu dari haiwan tersebut namun menemukan kegagalan.

Antaranya termasuk hos rancangan National Geographic, Matt Wright dan pengacara Extinct or Alive on Animal Planet, Forrest Galante.

BACA JUGA : Shila Amzah kini ibu tunggal selepas 4 tahun berkahwin

Isteri terkantoi main dengan lelaki bujang, terpaksa menyorok dalam almari elak dicekup

Cristiano Ronaldo catat rekod baru, manusia paling banyak pengikut di Instagram dengan 400 Juta

Artikel ini disiarkan pada 09/02/2022