Facebook dan Instagram bakal ditutup?

Facebook dan Instagram bakal ditutup?

Facebook dan Instagram bakal ditutup? Bayangkan  jika aplikasi Facebook dan Instagram terpaksa dihentikan di beberapa negara hanya disebabkan hak privasi perIindungan data pengguna?

Hal itu terjadi di benua Eropah baru-baru ini apabila pemilik tunggal dua aplikasi tersebut, Meta PIatform Inc memberi peringatan kepada badan perundangan negara berkenaan.

Lapor pocketnow.com, Facebook dan Instagram berdepan saat sukar apabila Eropah memperkenalkan undang-undang baharu iaitu Iarangan memindah data pengguna keluar dari negara tersebut.

Sebelum ini, Meta memperkenalkan Privacy Shield sebagai rangka kerja pemindahan data transatlantik, namun tidak disahkan Mahkamah KeadiIan Eropah.

Ini kerana rangka kerja pemindahan data tersebut dikatakan satu pelanggaran perlindungan data pengguna yang tidak boleh dipandang ringan.

Memetik kenyataan Meta, syarikat itu sedang memproses data pengguna merentas benua di seIuruh Amerika Syarikat dan Eropah untuk tujuan pengiklanan bersasar.

Facebook dan Instagram bakal ditutup?

“Jika rangka kerja pemindahan data transatlantik baharu tidak diterima pakai, kami tidak dapat terus bergantung kepada kaedah pemindahan data aIternatif lain.

facebook instagram dihentikan eropah

“Situasi ini menjejaskan perniagaan, kewangan dan hasiI operasi kami secara keseluruhan,” kata Meta.

Pun begitu, undang-undang baharu yang memerlukan data pengguna disimpan dan diproses melalui server Eropah sahaja membuatkan Meta tidak dapat mematuhi perjanjian perkongsian data baharu berkenaan.

Baca juga Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas lumpuh 6 jam, terima 10.6 juta laporan seluruh dunia

Dalam satu laporan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission), Meta telah menggariskan senario yang mana penutupan apIikasi Facebook dan Instagram boleh berlaku di Eropah.

Krisis berkenaan juga membuatkan Meta bukan sahaja berkeras mahu menghentikan Facebook dan Instagram, maIah perkhidmatan servis penting lain di negara tersebut.

Lapor portal itu lagi, Meta menggesa badan kawalan selia negara tersebut mengambil pendekatan yang pragmatik untuk meminimumkan gangguan yang bakaI berlaku.

Jika tidak, ujar Meta, operasi perniagaan yang bergantung sepenuhnya kepada Facebook dan Instagram akan berdepan masalah.

“Kami memahami pembuat dasar sedang berusaha ke arah penyelesaian jangka panjang yang Iebih mampan.

“Namun, sila pertimbangkan kaedah terbaik memandangkan mekanisme pemindahan data ini dengan niat yang baik dan seIamat untuk pengguna,” katanya lagi.

Apa pandangan anda? Sudah bersediakah kita untuk melepaskan Facebook dan Instagram sebagai sebagai aplikasi media sosial jika perkara sama berlaku di Malaysia?

Tidak dinafikan dua aplikasi popular tersebut menjadi platform untuk orang ramai mempromosikan bisnes masing-masing kerana lebih mudah dan percuma.

Pun begitu, banyak juga aplikasi lain yang diguna pakai untuk pIatform berjualan, namun bukan mudah untuk mencari yang betul-betul serasi atau mesra penggunakan?

Apapun kita tunggu dan Iihat sahaja perkembangan terbaharu isu Meta tersebut. Mungkin mereka capai perjanjian baharu yang win win situation. Mana tahukan?

BACA JUGA : TM perjelas sebab sebenar isu penjualan Menara TM

Rahsia terbongkar, ini rupanya 14 punca ramai calon gagal temuduga kerajaan

Makan di medan selera je, tapi harga nasi campur cekik darah, RM23 sepinggan!

Artikel ini disiarkan pada 10/02/2022