Gadis 19 tahun ditangkap khalwat Di Terengganu

Gadis 19 tahun ditangkap khalwat Di Terengganu

Gadis 19 tahun antara ditangkap khalwat Di Terengganu.Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) antara empat individu yang ditangkap khalwat dalam satu operasi di sini, semalam.

Seramai 13 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam operasi itu yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Unit Penguatkuasaan Daerah Kuala Terengganu

 

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, pelajar berusia 19 tahun itu ditahan bersama kekasihnya, seorang lelaki juga berusia 19 tahun yang telah bekerja.

“Pasangan kekasih itu memberi alasan hanya mahu berehat sebentar di bilik hotel itu kerana lelaki tersebut terlalu penat selepas pulang bekerja. Mereka juga mendakwa tidak ada melakukan apa-apa perbuatan tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sepasang lagi kekasih berusia 26 tahun dan 28 tahun yang berasal dari Kelantan turut memberikan alasan sama ketika ditahan.

“Mereka memberikan alasan hanya mahu berehat di hotel kerana penat memandu dari Kelantan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pasangan itu ditahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua pasangan telah dilepaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah,” ujarnya.

Baca :Nota bersalib dan simbol iluminati, sekolah ini ‘lindungi’ pelajar psikopat?

Artikel ini disiarkan pada 13/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Gadis 19 tahun ditangkap khalwat Di Terengganu […]