Gaji cuma RM2500 tapi boleh simpan Rm750 sebulan

Gaji cuma RM2500 tapi boleh simpan Rm750 sebulan

Gaji cuma RM2500 tapi boleh simpan Rm750 sebulan.Ramai mengeluh gaji sering takcukup. Orang yang bergaji Rm2k-5k cakap tak cukup. Gaji 10k pun cakap tak cukup.

Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu. Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul.

Paling best siap ada simpanan lagi.

Sperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5. Caranya mudah ,cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan. Sekarang ni minggu gaji jadi boleh terus amalkan ya.

Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah! Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.

Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang. Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih. Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
No.1 Untung (30%)

30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan. Simpanan ini termasuklah dengan:

> Simpanan jangkamasa pendek. > Simpanan jangkamasa panjang. > Simpanan emergency. > Simpanan pelajaran. > Simpanan pencen. > Simpanan pelancongan. > Simpanan wakaf. > Simpanan sedekah.

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:

> Tabung Haji. > Saham. > Unit Trust. > Takaful (Islamic Insurance). > EPF, > ASB. > Hartanah > Emas

No.2 Terpaksa (60%)

  1. Gaji cuma RM2500 tapi boleh simpan Rm750 sebulan

Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan. Contoh loan:

> Loan rumah. > Loan kereta. > ASB Financing. > Personal loan. > PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:

> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No.3 Bocor (5%)

No.3 Bocor (5%)

Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni. Contoh:

> ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No.4 Sampah (5%)

Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya. Contoh:

> Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

5tiang impian kewangan

Cipta duit (melalui business atau makan gaji)

> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah mening gal du nia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan. Nota: Formula Abg Abu.

Baca:

Roboh rumah guna jentolak,ini penjelasan MPAJ

Artikel ini disiarkan pada 01/06/2022

COMMENTS

Wordpress (0)