Gempar!!! 28 kes kematian guna peralatan elektrik tidak selamat

Gempar!!! 28 kes kematian guna peralatan elektrik tidak selamat

Suruhanjaya Tenaga (ST) mendedahkan sebanyak 28 kes kematian direkodkan tahun lalu berhubung penggunaan peralatan elektrik yang tidak diperakui ST dan SIRIM Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif ST, Abdul Razib Dawood berkata, ini melibatkan penggunaan palam elektrik atau adaptor, pengecas telefon pintar dan soket sambungan.

Katanya, dalam tempoh sama juga mencatatkan 17 kes kemalangan melibatkan penggunaan peralatan elektrik itu.

“Pada masa ini, terdapat 34 kategori (termasuk 199 barang sub-kategori) produk elektrik yang dikawal selia oleh ST yang merangkumi peralatan rumah bervoltan rendah.

“Pengguna dinasihatkan lebih bijak dalam menggunakan aplikasi SIRIM menerusi telefon bimbit mereka dalam mengesan
pelekat SIRIM-ST palsu yang ditampal di peralatan elektrik,” katanya pada majlis pelancaran kempen mengawal penjualan peralatan elektrik tidak diperakui secara maya hari ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/02/15/28-kes-kematian-guna-peralatan-elektrik-tidak-selamat/

Artikel ini disiarkan pada 15/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)