Gempar !!! Ribuan Ikan bilis mata biru terdampar tepi pantai pulau pangkor cetus tanda tanya

Gempar !!! Ribuan Ikan bilis mata biru terdampar tepi pantai pulau pangkor cetus tanda tanya

Ribuan Ikan bilis mata biru terdampar tepi pantai pulau pangkor cetus tanda tanya.Ikan bilis mata biru yang sinonim dengan Pulau Pangkor, terdampar di pantai Pasir Bogak di sini, pada Jumaat dan Sabtu lalu mencetus tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Beberapa video memaparkan situasi itu serta individu mengutip ikan itu turut dimuat naik di media sosial sejak malam tadi.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut berkongsi video ikan bilis terdampar di tepi pantai dalam jumlah yang banyak di Instragramnya.

Seorang nelayan, Roslan Ahmad, 58, berkata, ikan bilis mata biru itu dikesan terdampar di pantai berkenaan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Menurutnya, video kejadian itu turut dirakam rakannya yang bersantai di pantai berkenaan bersama keluarga pada 8.30 malam, kelmarin.

“Ketika itu ombak tidak terlalu tinggi tetapi air pasang penuh. Rakan yang melihat seperti ada kerlipan di tepi pantai terkejut mendapati ia adalah ribuan ikan bilis mata biru yang terdampar.

“Apabila sudah heboh, ramai yang datang kutip dan semalam ada yang tunggu juga tetapi tiada lagi bilis yang naik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, fenomena itu adalah yang pertama berlaku, namun punca ia berlaku tidak diketahui dan menganggapnya ia adalah satu kebesaran Allah SWT.

Sebagai nelayan, fenomena ini boleh dianggap petanda baik juga kerana menunjukkan ikan itu sentiasa ada, kena usaha dan bersyukur serta menginsafi apa berlaku.

“Tetapi sekarang ini memang tak dinafikan ikan memang tengah banyak, rezeki tak putus bulan ini dan ikan bawal pun ada. Ikan termenung juga banyak didapati sekitar perairan Pulau Pangkor dan Lekir sejak dua minggu ini hingga ada yang dapat 200 kilogram ikan itu,” katanya.

Jabatan Perikanan Perak memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian itu semalam dan Pejabat Perikanan Daerah Manjung akan turun ke lokasi hari ini untuk tindakan lanjut selain Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Kampung Acheh juga akan melakukan kajian berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Noraishah Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuat pemerhatian dan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar fenomena itu.

Menurutnya, satu batu nautika dari persisiran pantai adalah zon konservasi kawasan pembiakan semua jenis ikan.

“Jadi kita tak pasti jika sumber bertambah dan setakat ini kita tidak tahu punca (fenomena ikan bilis terdampar itu tetapi meneliti serta membuat siasatan,” katanya.

Baca:[VIDEO] Ramai Terkejut Melintas Di Muara Sungai Perlis!“Milik siapakah kapal layar RM200 juta itu?”

Artikel ini disiarkan pada 15/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca:Gempar !!! Ribuan Ikan bilis mata biru terdampar tepi pantai pulau pangkor cetus tanda tanya […]