Gempar!! Rumah paling kecil dan “tak masuk akal”

Gempar!! Rumah paling kecil dan “tak masuk akal”

Sebuah rumah paling sempit dan memiliki keunikan tersendiri di United Kingdom mempunyai nilai pasaran 950,000 Pound Sterling (RM5.3 juta).

Terletak antara premis salun rambut dan klinik pembedahan di Shepherd’s Bush, rumah lima tingkat berwarna biru tua itu hanya selebar 1. 8 meter (m).

Bahagian paling sempit di rumah adalah selebar 1.6 m.

Difahamkan, hartanah luar biasa itu pada mulanya dijadikan sebuah kedai topi dengan stor penyimpanan barangan niaga selain boleh didiami pada tingkat atas.

Ia dibina pada penghujung abad ke-19 atau sekitar abad ke-20.

Bagi mengekalkan seni bina lamanya, hartanah berkenaan masih menampilkan pintu kaca kedai dan lampu hiasan pada era berkenaan.

Walaupun bahagian dapur di hujung tingkat bawah adalah tempat paling sempit di rumah itu, ia bersambung ke ruang makan yang hampir dua kali ganda daripada ukurannya.

Bilik tidur dan ruang belajar terletak pada aras pertama dengan tangga berbentuk berputar menghubungkan tingkat dua, di mana terletaknya bilik mandi dan tandas hingga ke bilik tidur utama di tingkat tiga.

Pembantu pengurus jualan agensi hartanah, Winkworth, David Myers yang menguruskan lelongan rumah itu berkata, rumah itu bernilai tinggi berikutan keunikannya sebagai salah satu sejarah di London.

Katanya, rumah itu sesuai didiami pasangan muda atau individu yang mementingkan keindahan sedia ada dan akan mengubah suainya.

“Tak ada lagi rumah di London seperti ini.

“Terdapat rumah lain di London mempunyai lima tingkat, tetapi tidak mempunyai ruang dan ciri unik seperti rumah ini,” katanya.

 

Menurutnya, nilai rumah itu boleh mencecah berganda kerana terletak di lokasi strategik di tengah London selain ukurannya unik.

Berdasarkan pendaftar hartanah United Kingdom, jika memenuhi harga permintaannya, rumah itu akan meningkat dua kali ganda nilainya.

Ia pernah dijual dengan nilai 488,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.7 juta) pada 2016.

Sumber: HM

Artikel ini disiarkan pada 08/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)