Hangat!! Murid nekad tunggang kuda ke sekolah

Hangat!! Murid nekad tunggang kuda ke sekolah

Jika kanak-kanak lain berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke sekolah, lain pula halnya bagi seorang kanak-kanak di India.

Kisah Shivraj, 12, menjadi tular selepas dia dilaporkan terpaksa menunggang kuda ke sekolah setiap hari.

Ia memandangkan dia tiada pilihan pengangkutan lain.

Meda tempatan melaporkan Shivraj terpaksa menunggang haiwan itu berikutan perkhidmatan bas di sekolahnya masih belum beroperasi.

Dia yang menetap di perkampungan di Notably, Boradi Mall, mendapat kebenaran bapanya, Devram Yadav, untuk menunggang kuda sejauh enam kilometer ke sekolahnya setiap hari.

Shivraj berkata, pada mulanya dia menggunakan basikal untuk ke sekolah, namun keadaan jalan yang rosak menyebabkan dia kerap jatuh dan cedera.

“Oleh sebab itu, saya memutuskan untuk menunggang kuda yang diberi nama Raja,” katanya dalam portal India.com.

Devram berkata, dia berusaha menyediakan keperluan bagi memastikan anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Inisiatif Shivraj itu turut mendapat pujian ketua menteri negeri, Shivraj Singh Chauhan yang menyifatkan kanak-kanak itu memberikan inspirasi kepada semua orang termasuk dirinya.

Sementara itu, guru sekolahnya mendedahkan, kanak-kanak itu seorang yang berbakat dan pintar dalam pelajaran.

‘Raja’ turut menjadi perhatian dan disayangi warga sekolah berikutan setia di padang, ketika Shivraj belajar di dalam kelas.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/02/673895/murid-tunggang-kuda-ke-sekolah

Artikel ini disiarkan pada 12/02/2021

COMMENTS

Wordpress (0)