Hanya padaNya kami berserah, ujar Fitri Haris, bekas penyanyi solo UNIC

Hanya padaNya kami berserah, ujar Fitri Haris, bekas penyanyi solo UNIC

Hanya padaNya kami berserah, ujar Fitri Haris, bekas penyanyi solo UNIC.

Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu.

Berikutan kebakaran tersebut, penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris memberitahu butiknya turut mengalami kebakaran.

Menurut Fitri Haris, butiknya turut mengalami kebakaran susulan api dari Jakel.

Ujar Fitri, api telah merebak sehingga menjejaskan beberapa kedai lain juga. Oleh sebab itu, Fitri berkata dia terpaksa menangguhkan segala urusan promosi dan acara pada hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

BACA JUGA:

Tular jurulatih tampar pemain remaja, berdepan tindakan tegas

Kejadian pilu di tahun baru, dua beradik ditinggal di rumah dan mati rentung

Rakyat Malaysia diperingat tidak terpedaya dengan video TikTok viral 7 berita baik, tegas Fahmi

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Hanya padaNya kami berserah, ujar Fitri Haris, bekas penyanyi solo UNIC […]