Hati-hati makan ikan dari China… ini sebab utamanya

Hati-hati makan ikan dari China… ini sebab utamanya

Hati-hati makan ikan dari China… ini sebab utamanya.Hati-hati makan ikan dari China…..Ujian PCR kepada manusia secara beramai-ramai sudah biasa dilihat sejak wabak COVID-19 menyerang dunia sejak awal tahun 2020. Di Malaysia sahaja, kita pernah melihat bagaimana lautan manusia terbentuk di beberapa tempat ujian COVID-19.

Tetapi pernahkan anda mendengar atau melihat ujian COVID-19 dibuat terhadap binatang?

Menerusi laporan yang dibuat oleh VICE, sebuah bandar di China iaitu Xiamen telah menjalankan ujian COVID-19 terhadap semua ikan yang ditangkap oleh nelayan. Bukan sahaja ikan, semua jenis tangkapan yang mereka peroleh pada hari tersebut diwajibkan untuk menjalankan ujian COVID-19.

Pemerintah Xiamen memberi alasan bahawa sesetengah nelayan di kawasan mereka kadangkala berinteraksi dengan kapal dari negara lain di tengah laut bagi menukar hasil tangkapan. Ia didakwa secara tidak langsung boleh menghantar COVID-19 kepada anak kapal dan kargo.

“Setiap nelayan dan kargo mereka yang berlabuh di pelabuhan perlu menjalani ujian terlebih dahulu sebelum dibenarkan meninggalkan kawasan pelabuhan,” kata petikan perintah Kerajaan Bandaraya Xiamen yang dikeluarkan sejak Julai 2022.

Bagaimanapun, menerusi sebuah video yang dikongsikan di sosial media. Kebanyakan pengguna maya tidak bersetuju dengan dasar pemerintah Xiamen yang mewajibkan ujian COVID-19. Mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa terlalu paranoid dengan wabak yang telah membunuh jutaan orang.

Adrian Esterman, ahli epidemiologi di Universiti Australia Selatan, menganggap dasar kerajaan bandar Xiamen sebagai “tindakan membazir.”

“Anda boleh mengatakan bahawa spesies ikan tidak boleh menjadi tuan rumah untuk coronavirus. Kerana suhu badan ikan tidak sesuai untuk virus itu hidup lama,” kata Esterman ketika disahkan oleh VICE World News. “Oleh itu, peluang ikan dijangkiti virus Covid sebenarnya adalah sifar.”

Sebenarnya, ketakutan ini hadir apabila ada laporan yang menunjukkan bahawa virus COVID-19 mampu hidup di permukaan ikan beku, merujuk kepada penemuan kes di Hong Kong pada tahun 2021. Namun, kemungkinan virus itu ditularkan kepada manusia adalah sangat kecil, kerana hanya 5 daripada 10,000 kes penularan COVID berlaku daripada interaksi selain manusia. Itupun kebanyakan mamalia atau makanan.

Baca :Duit Dalam Akaun PUBLIC BANK 11k Pula hilang ,sebelum ini CIMB

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Hati-hati makan ikan dari China… ini sebab utamanya […]