Hujan lebat berterusan ,ini kawasan berpotensi banjir

Hujan lebat berterusan ,ini kawasan berpotensi banjir

Hujan lebat berterusan ,ini kawasan berpotensi banjir .Hujan lebih sejam sejak petang tadi sekitar bandar raya ini menyebabkan kenaikan air hampir satu meter berlaku di Jalan Harapan 25/9 Taman Sri Muda di Seksyen 25 di sini.

Situasi berkenaan dilaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang menerima panggilan daripada orang awam berlaku kejadian banjir di kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, lokasi berkenaan dinaiki air kira-kira pukul 4.55 petang, bagaimanapun situasi itu tidak menjejaskan rumah penduduk di sana.

Lokasi yang dinaiki air adalah Jalan Harapan 25/29 dengan paras air berketinggian kira-kira 2.5 kaki (0.76 meter), namun air tidak masuk ke dalam rumah penduduk.

“Sehubungan itu, 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba di sana pukul 5.05 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, kejadian tersebut dianggap sebagai banjir kilat apabila air dilihat mulai surut kira-kira pukul 7.20 petang, namun, pasukan penyelamat kekal berada di sana sebagai langkah berjaga-jaga .

“Beberapa anggota bomba serta empat buah bot berada masih berada di Taman Sri Muda sebagai langkah berjaga-jaga. Saya sekarang ini juga berada di sana untuk memantau keadaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan, hujan lebat turut menyebabkan kawasan di sekitar Seksyen 33, Kota Kemuning turut dinaiki air terutama di kawasan hadapan Dewan Kemuning Utama.

Namun, menerusi tinjauan anggota polis di sana, air yang bertakung di sekitar kawasan tersebut berada pada paras buku lali, justeru jalan raya di sana masih selamat untuk dilalui kenderaan ringan.

“Masih hujan renyai. Air bertakung berpunca daripada longkang yang tersumbat, tiada kejadian banjir kilat,” kata kenyataan itu.

Baca :Wanita MeIayu kongsi Pengalaman berkahwin dengan negero ,segalanya berubah..

Artikel ini disiarkan pada 21/08/2022

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca :Hujan lebat berterusan ,ini kawasan berpotensi banjir […]