Hukum solat bagi pelaku zina, diterima atau tidak solatnya? Ini jawapan Ustaz Abdul Somad

Hukum solat bagi pelaku zina, diterima atau tidak solatnya? Ini jawapan Ustaz Abdul Somad

Hukum solat bagi pelaku zina, diterima atau tidak solatnya? Ini jawapan Ustaz Abdul Somad. Dalam Islam, zina termasuk dalam kategori dosa yang sangat besar yang wajib dijauhi oleh semua orang.

Zina juga termasuk dalam kategori perbuatan yang keji. Larangan perbuatan zina dengan tegas dalam Al-Quran, bahawa tidak hanya melarang berbuat zina tetapi mendekatinya saja sangat dilarang.

Satu perkongsian dimuat naik oleh pengguna Tiktok @sal.faisal00 mengenai hukum solat bagi pelaku zina yang disampaikan oleh ustaz Abdul Samad dari negara Indonesia.

Terdapat satu soalan yang ditanyakan kepada ustaz Abdul Samad iaitu apa hukumnya solat bagi pelaku zina, diterima atau tidak solatnya?

Siapa yang solat tidak mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar maka dia semakin jauh dari Allah.

Apakah dengan dosa itu, dia menjadi kafir?

Dia tidak kafir kalau tidak ingkar, kalau tidak katakan tidak ada itu Tuhan, tidak ada itu syurga, tidak ada itu neraka, tidak ada itu akhirat. Baru dia tergolong orang-orang yang kafir tapi kalau dia sekadar berbuat dosa maka dia fasik.

Allah tidak berikan hidayah kepada orang yang fasik. Mudah-mudahan kita semua diselamatkan daripada fasik.

Apa maksud FASIK?

Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan.

Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:

1. Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.

2. Peringkat kedua: Melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

3. Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar di dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.

Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana di zaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.

Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah.

Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya. Justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.

Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.

BACA JUGA:

Penyokong Thailand dan Indonesia menyebelahi Malaysia ‘Serang’ Vietnam

Pemegang sukuk terkesan, TM menamatkan sebahagian besar sewaan bangunan

Empat kerusi tersebut bertanding atas lambang GRS bukan Bersatu – Nazri

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2022

COMMENTS

Wordpress (0)