Ifa raziah ,kak km di kecam sakan bergelek di majlis akikah

Ifa raziah ,kak km di kecam sakan bergelek di majlis akikah

Ifa raziah ,kak km di kecam sakan bergelek di majlis akikah.Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau, Addy Kanna.

Dalam rakaman video itu, dapat dilihat isteri Addy berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga, Addy Kana pula menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.

Bagaimanapun, suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila dikatakan tidak menghormati tujuan majlis akikah yang sebenar.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM yang sedang sakan bergelek.

Bukan itu sahaja, tular satu lagi video memaparkan Ifa Raziah dan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu sedang rancak menari.

Video tular itu sekaligus mengundang kemarahan netizen yang kecewa melihat majlis tersebut yang sepatutnya penuh keberkatan bertukar menjadi sebaliknya.

Baca :Akak air buah viral dah insaf kini duduk di dapur sahaja

Artikel ini disiarkan pada 11/08/2022

COMMENTS

Wordpress (0)